CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part3

CHINA, Tianjin-Beijing: 3nd Day

Hari 3 : 05/02/2010

Fujian Hotel: Awal-awal pagi lagi hubby dah ajak cikEmi pi McD cari makanan untuk sarapan + bekal perjalanan. Sejuk-sejuk ni cepat lapar. Kesian anakanda semalam minta biskut nak makan tapi takde. So harini get prepare apa yang patut. Kami akan memulakan perjalanan kami ke galeri Jade yang sememangkan sinonim dengan masyarakat Cina. Next..

1Hari ke3 masih dengan semangat berjalan..

Jade Gallery : Beijing Dragon Land Superior Jade Gallery merupakan galery Jade terbesar di Beijing (klau tak silap). Setiap rombongan yang datang akan ditemani seorang jurucakap walaupun rombongan sekecil 2 orang. Pelbagai jenis jade dipamerkan dari sekecil guli sehingga sebesar sebuah kapal. Di sini kami diterangan mengenai keajaiban jade (mengikut kepercayaan mereka), mengenali mutu-mutu jade, cara mengenali jade tiruan dan asli, cara membentuk jade dan sebagainyaFile:JadeJewelry Bracelet-icon.png. Terdapat juga handicraft lain di jual di sini seperti lukisan dan jewellery. Kami cuma membeli (Mr.Hubby dan aku) cop nama dalam tulisan korea. Cepat betul dier ukir nama kami di atas batu jade tu. Kecil je.. Ala-ala cop mohor nama ghitu..sekali dengan ink. Buat syarat sebagai kenangan. Next…

2Kami sibuk membelek jade, pekerja dia sibuk membelek anakanda.. 3Pekerja mengukir jade

Ming Tombs : Perjalanan di teruskan ke Ming Tombs. Ia merupakan  tempat perkuburan dari tiga belas pemimpin Dinasti Ming dan monument ini juga terdaftar sebagai Harta Bersejarah Dunia UNESCO. Menurut Julia, mereka akan sembahyang di sini 3 kali setahun. Next…

1OTW ke Ming Tombs singgah main salji di kebun buah yg dah tkde buah

2 Map 13 Ming Tombs. 3Bergambar di depan di antara pintu gerbang yg ada.

Golden Palace Restaurant : Kami berhenti makan di restoran semalam. Kali ni siap tapau untuk dinner sekali. Bukan apa, selain makanan yang sedap, di sini ada tempat solat sekali..mudah dan selesa. Kebetulan ada rombongan pelajar masa kami sampai di restoran. Dorang berkenan pulak dengan anakanda berdua tu, siap ajak bergambar bagai. Dengan cikEmi skali glamour. Selepas selesai makan dan solat kami memulakan perjalan ke Olympic Green Next…

1Abah sibuk nak order makanan, anakanda pun sibuk bergambar dengan ‘peminatnya’. Ibu berkenan betul dengan gambar kat belakang tu.

Olympic Green/Olympic Stadium : Kami terus ke Olympic Green yang di bina sempena Sukan Olympic 2008 , tempat yang wajib anda lawati. 2 sasaran kami ialah Stadium National Beijing atau Stadium Sarang Burung dan Pusat Akuatik Nasional Beijing  yang berbentuk Ice Cube. Kami sangat kagum dengan hasil arkiteknya. Menurut Julia, kalau datang malam lagi cantik sebab ice cube ni akan bercahaya. Takpela, lain tahun kitorang datang malam ye. Besar juga kawasannya. Penat jugalah berjalan. Puas anakanda berlari. Di situ juga ada perkhidmatan kereta (macam train / bas yang boleh duduk ramai-ramai) berharga 10Yuen. Pada mulanya kami naik kereta tu nak pergi ke stadium luar coz ada penguin kat situ. Bila sampai kat gate pengawal kata jalan ditutup. Kalau nak ke stadium luar kena jalam kaki. Tak laratlah omak. So kitorng pun patah balik untuk ke tempat parking. Sebelum ke destinasi seterusnya, mr.Hubby meminta pemandu pelancong kami singgah sekejap ke silk store. Ada lagi tak cukup rupanya..Hehe. Next…

2Permulaan yang agak tegang apabila anak2 mula menangis. Cuaca yang agak sejuk dan berangin. Akhirnya kedua2 anakanda duduk kat ibu. Along dah bertenang, mula seronok nak berjalan sendiri. 1 Bergambar di depan Stadium Sarang Burung dan Stadium Akuatik (Ice Cube)3

Bangunan tinggi dibelakang kami adalah bangunan khas utk reporter semasa sukan olympic berlangsung.

Freesky Pearls : Kami meneruskan perjalanan ke kedai mutiara Freesky Pearls. Tiram di sini diambil dari tasik di Summer Palace. Summer Palace ni merupakan istana khas dikunjungi oleh maharaja dan maharani pada musim panas sahaja. Ia mempunyai tasik yang sangat cantik. Aku sempat juga membeli 3-4 utas gelang pearls berlayer. Menarik je aku tengok. Promoter tu siap promote suruh beli krim pearl bagai. Promoter kitorang tu pandai berbahasa Thailand.  Mr.Hubby pun bolehlah sikit-sikit berbahasa Thailand. Dah macam ayam dengan itik lak aku dengar  . ehh..ada orang jual  berangan panas-panas  kat luar kedai..sedapnya nampak sejuk2 ni.. Next day…

1Perhatikan..nampak tak mutiara dalam tiram tu. Itulah gelang yang ibu borong.

Letih seharian berjalan. Masa untuk balik hotel dan rehat. Anakanda-anakanda pun dah ngantuk nampaknya. Mandi, Makan, Solat, Rehat ..ZZZZzzz. Jumpa lagi esok..

2Gambar yang menarik perhatianku pada hari ke3. 1:Pokok akar besar sebagai arca sebuah kedai. 2:Dua tiang kayu berukir di kiri dan kanan jalan. 3: Rekabentuk deretan kedai kayu+batu yang menarik. 4:Jejantas dengan senibina yang unik.

Posted in CHINA:Tianjin-Beijing | Leave a comment

CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part2

CHINA, Tianjin-Beijing: 2nd Day

Hari 2 : 04/02/2010

Fujian Hotel: Kami sarapan pagi di hotel saja. Selepas sarapan, kami naik ke bilik dan mr.Hubby terus mendapatkan pamplet untuk mencari tourist-guide serta kenderaan untuk ground-movement.  Alhamdulillah, kami dapat tourist-guide yang boleh berbahasa Ingeris, Julia namanya. Jam 12:30 beliau sampai di Loby hotel. Setelah berbincang, kami memulakan penjelajahan jam 13:00. Next…

3

Ready untuk memulakan perjalanan..

Great Wall : Tembok Besar Cina adalah destinasi pertama kami. Ia wajib dikunjungi jika anda ke Beijing.  Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km dan dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Terdapat empat lokasi Tembok Besar yang amat terkenal iaitu Ju Yongguan Badaling di pinggir Bandar Beijing, Jiayuguan di Wilayah Gansu, Huangyaguan Tianjin dan Shanhaiguan di Wilayah Hebei. Destinasi kami ialah Ju Yongguan, gate 3. Itupun dah tak larat rasa nak meneruskan pendakian. 1 stage je kami daki. Terdapat juga gerai jualan cendermata di sekitar great wall. Di situ ditawarkan juga khidmat bergambar. Jika kita beli ia akan diturutkan bersama buku tentang Tembok Besar Cina. Kami sangat kagum dengan keindahan di sekitar great wall ini serta kehebatan tersurat dan tersirat di sebalik “Great Wall” itu sendiri. Patutlah ia merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Susah nak cerita, kena datang dan lihat sendiri baru anda tahu apa yang saya maksudkan. Menurut Julia, kalau dah sampai di sini, anda kene bergambar dengan monument  batu yang bermaksud  “Bukanlah orang biasa yang membina tembok ini”. Hanya sebagai simbolik bahawa bukan orang biasa yang sampai ke Great Wall. Kira macam kita pun hebatlah seperti mereka. Next…

4Bergambar di depan Great Wall, gate 3.

5  Menikmati keindahan dan keunikkan Great Wall. CikEmi dukung Along yang dah tak larat jalan..bertambah kuruslah lepas ni .

6Deretan kedai cenderahati. Pose di depan monumen batu tanda Great Wall. Kena beratur nak tangkap gambar kat batu ni..ish.

The Cloisonne Factory : Seterusnya kami ke The Cloisonne Factory untuk melihat hasil kraftangan logam, tembaga, tembikar, lukisan dan sebagainya yang dihasilkan sendiri menggunakan tangan. So kite boleh tengok live kerja mereka. Sangat mengagumkan. Hasil seni mereka cukup halus. Sempat jugalah kami membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang. Perut dah mula keroncong. Terdapat restoran makanan halal di sini. Kami ke tingkat atas untuk ke Golden Palace Restaurant  bagi aktiviti seterusnya..makannn. Next…

7Sempat juga membeli satu dua barang sebagai kenangan..

Golden Palace Restaurant : Golden Palace Restaurant  merupakan restoran Islam dan halal. Alhamdulillah, sejuk-sejuk ni perut cepat lapar. Kami order ikan crispy, daging kambing goreng dan daging ayam masak apantah..hehe. Sedap dorang masak, menepati selera. Dekat restoran ni juga disedia surau so kami solat dulu di sini sebelum ke destinasi seterusnya. Next…

 8Anakanda2 dah lapar..nasi putih pun jadilah dulu sementara menunggu lauk yang diorder sampai.9Memang sedap chef..

Silk Store : Kami menuju ke Kedai Sutera China. Dalam perjalanan kami melalui Olympic Stadium. Kami berhenti seketika untuk melihat stadium sarang burung dan stadium kiub yang menjadi bualan masyarakat seantero. Sempat jugalah bergambar tapi di luar gate je. Esok kitorang akan masuk..Tunggu… Dari sini kami dapat melihat hotel termahal di Beijing iaitu Pan Gu Hotel, 7 star. Beribu satu malam. Baik duit itu aku wat shopping kain sutera kan..hehe.

Sampai di Kedai Sutera kami di sambut oleh seorang jurucakap. Beliau bertindak sebagai jurucakap aka ‘jurujual’. Sebabnya mula-mula dia akan terangkan apa yang ada dalam gallery sutera ni.. dari sejarah sutera, mengenai silk-road hingga terjadinya kain sutera zaman sekarang. Dan akhirnya dia akan promote suruh kita beli. Maka kami pun terbelilah beberapa helai kain sutera cina..hehe. Sian abah tolong bayar je tapi takleh pakai. Tq abah . Lelaki haram pakai sutera.  Setelah kain, selimut, cadar dan sarung bantal sutera yang kami beli tu di”vacum” untuk mengecilkan saiznya, kami pun bayar dan terus ke kenderaan kami untuk ke destinasi seterusnya. Next…

10Berlatar belakangkan Pan Gu Hotel..Gambar baris bawah: Ulat Sutera dalam botol mengikut usia kemudian dijadikan benang bila cukup umurnya. 11Proses benang sutera sehingga menjadi kain sutera bercorak.

Dalam perjalanan kami ke Tea Ceremony, kami melewati stadium Olympic (Stadium Sarang Burung) dan stadium Kiub air.  Kami sempat bergambar dari jauh, anyway kami akan ke stadium ini dalam masa terdekat…

Tea Ceremony : Aktiviti terakhir hari ini ialah Tea Ceremony. Tak ingatlah nama kedai ni. Menurut Julia, mereka sebagai pemandu pelancong wajib membawa pelancong mengenali upacara teh ni. Ini kerana ia merupakan satu warisan yang tidak akan hilang dan dijaga. Kami dipimpin seorang jurucakap yang akan mengajar cara minum tea mengikut cara tradisi cina. Aku baru tahu bahawa cara minum bagi lelaki dan perempuan berbeza.  Teh dorang ada pelbagai jenis. Ada yang boleh di makan dengan hampasnya sekali. Seperti biasa wang akan dikeluarkan di setiap destinasi..hehe. Hubby beli 2 jenis teh kesihatan dan Magic Mug. Gambar di mug akan bertukar bila dituang air panas dan mula hilang bila air semakin sejuk. Agak menarikkan. Selepas menghadiri tradisi minum teh cina, kami pun balik ke Hotel.

12Kedai yang agak kecil. enAbah menunjukkan skill memegang cawan teh (untuk lelaki) tapi tersilap pusing pulak. 13Teh bunga..perhatikan betul-betul. Teh (kuncup) dimasukkan ke dalam air suam akan berkembang sehingga menjadi sekuntum bunga.

Letih dah berjalan sehari. Rehat coz esok ada banyak lagi tempat nak pergi.

Nak dijadikan cerita, anakanda Amrullah pedih hidung malam tu. Mungkin disebabkan cuaca sejuk kering. Kesian dia tidur kejap terjaga..tidur kejap terjaga. Hubby pun buat keputusan untuk membeli wap air. Nasib baik kedai elektronik dekat je. Barulah Anakanda Amrullah boleh tidur.. Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah yang memberikan penyembuhan agar anak kami boleh tidur nyenyak. Next day…

Posted in CHINA:Tianjin-Beijing | Leave a comment

CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part1

REPUBLIC OF CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010

09:00 Departure

14:15 Arrive

(RM) 1 MYR = (RMB) 1.9930 CNY

Musim Salji (Winter)

Sejenak

Alhamdulillah.. sampai lagi aku di bumi ChinaFlying Chinese China Flag Images ini. Pertama kali aku menjejakkan kaki adalah di Bandar Shenzhen dan Hong Kong. Kemudian aku ke Guangzhou dan kini aku berpeluang ke Tianjin-Beijing pula. Alhamdulillah..syukur kepada Allah di atas rezeki yang diberikanNya. Berpeluang kami sekeluarga mengenal negara orang lagi.  Kali ini kami pergi musim sejuk tapi akhir-akhir winter . First time nak rasa salji asli.Smiley Sebelum ni hubby pernah membawa aku ke Genting Highland masa baru-baru kahwin dulu coz aku kata aku teringin nak ‘kenal’ salji. Masa tu belum berkesempatan lagi. Kos persiapan bercuti pada musim salji ni agak mahal berbanding percutian biasa kami coz musim ni tiket flight mahal sikit. Campur pula dengan kelengkapan lain seperti down jacket, baju thermal/long john (seluar dan baju), winter shoes, shawl hat, stocking, gloves dan sebagainya. Sorang pun dah cecah (+-)1k. Kami pergi satu family 4 orang + assistant sorang. Kopak gakla mr.hubby. Jangan mare ye abahYang... Kira ni winter pertama aku, so semangat lebih mengalahkan anak-anak. Hehe ihikhik. Mata wang China ialah Ren Minbi(RMB) diedarkan dari Bank Rakyat China. Unit RMB ialah Yuan, Jiao dan Fen. (maklumat lanjut klik di sini http://malay.cri.cn/chinaabc/)  Visa diperlukan untuk melancong ke China. Perkara yang mengagumkan kami ialah senibina bangunan di Beijing, sangat unik dan menarik. Setiap bangunan yang dibina mempunyai rekabentuk yang tersendiri. Jangan lupa salin waktu solat untuk rujukan nanti. Jom layan kisah perjalanan kami sepanjang berada di Tianjin-Beijing.

mrHubby di depan kaunter Air Asia…Kami di depan fligh pula.

Hari 1 : 03/02/2010

Transport ImagesKami menaiki penerbangan Air Asia ke Tianjin (KUL-TSN) pada jam 09:00 . Anakanda Amrullah mula menggambarkan kegembiraannya bila aku bagitau dia “Kita nak pi Beijing main snow”. Mungkin sebab dia dah semakin besar sekarang so tahu rasa seronok berjalan. Assistant aku kali ni adik aku aka cikEmi. Dia pun tak sabar tu nak main snow. Al-maklumler  negara kita mana ada snow. Kami tiba di Tianjin Binhai International Airport pada jam 14:30. Lebih kurang 5jam 30min. Waktu Malaysia dan China tidak berbeza. Pemandangan dari atas flight sebelum mendarat sangat mengujakan aku. Putih bersih. Subhanallah..Alhamdulillah. Indahnya ciptaan Allah. Kami datang tak ambik package pelancongan. So kami cari teksi untuk ke Beijing. Alhamdulillah anakanda Amrullah dan Ashiilah berkelakuan baik sepanjang penerbangan. Perut mula rasa lapar, mata pun mula redup-redup. Mungkin sebab cuaca sejuk kot. Sejuk betul rupanya snow ni..ingatkan ala-ala aircond kat rumah jer..wawaa..jakun..jakun . Dalam teksi kami makan dulu biskut dan roti bekalan sambil menikmati pemandangan Tianjin dan seterusnya  ZZZzzz .

Sampai juga akhirnya di airport

Kami menginap di Fujian Hotel, Beijing. Perjalanan dari Tianjin ke Fujian Hotel, Beijing mengambil masa 3 jam degan menaiki teksi. Pemandu teksi mengenakan bayaran RMB1000 kepada kami. Kira ok la. Next…

Fujian Hotel : Cantik hotel ni. Sampai di hotel perut semakin rancak berbunyi. Mr.Hubby tanya staff hotel restoran halal, staff tu bagitau ada satu restoran di hotel ada menjual makanan halal. Selepas solat dan rehat kami terus ke restoran untuk mengisi perut. Rupa-rupanya ada jual nasi goreng udang. Kami order nasi goreng udang dan Fish & Chip. Rasanya bolehlah..dah lapor semua pun sodap. Masa ni anakanda dah mula menjadi perhatian staff hotel. Lepas sorang, sorang datang. Aku biarkanje. Janji dorang senyap. Mudah sikit aku makan ada orang layan anak-anak..hehe. Malam tu kami turun jalan-jalan disekitar hotel. Cuaca malam lebih sejuk. Ashiilah kekerasan kesejukan. Amrullah jelas tergambar keseronokkannya. Jalan pun taknak pegang. Berkejar-kejar dengan cikEmi. Malam tu masing-tidur dengan nyenyaknya.. Next Day…

Staff yang fasih berbahasa Inggeris..Along wat survey dari lobi sampai ke bilik.

Malam dihiasi warna lampu yang cantik..along dah mula kesejukkan

Kitorang yang belum pernah jumpe salji sebenar terasa sangat sejuk, tapi hubby aku tak la sesejuk kitorang… al maklumlah hubby aku pernah bekerja di Korea Selatan selama 6 bulan dan pernah lalui 3 musim.. katanya akhir musim luruh, musim salji dan last sekali musim bunga.. dia la yang jadi penasihat tentang kadar kesejukan dan apa-apa yang patut kami buat.

Posted in CHINA:Tianjin-Beijing | 3 Comments

SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part9

SEOUL, Korea.S : 9th Day

Hari 9 : 27/06/2009

Pagi yang indah. Udara sejuk, cuaca redup..nyaman sekali. Kami menaiki pesawat  Animated Aeroplane Icon MAS (INC-KUL), jam 09:00. Kami menaiki transport  hotel ke Incheon International Airport. Sekali lagi Kia Carnival Grand Sallon datang menjemput kami jam 07:00. Sebelum balik, sempat lagi kami bergambar dengan staff apartment yang sangat helpful. Flight kami akan transit di Kota Kinabalu, Sabah selama 1 jam. Disebabkan masalah tertentu, jam 16:30  baru kami berlepas ke KLIA. Walaupun 9 hari terasa, terasa cepat sahaja masa berlalu. Terima kasih Sayang atas segalanya... Terima kasih daun keladi, nnt bawa kami  jalan-jalan lagi yer..

Seronok  sangat rasanya. Pelbagai kejadian berlaku sepanjang kami berada di Korea. Suka duka, riang tawa, ragam anakanda, ragam manusia..semua mengajar aku untuk lebih cekal dan tabah dalam kehidupanku. Begitu luas bumi Tuhan ini. Melihat realiti kehidupan dan masyarakat. Pembangunan dan kemodenan masa kini. Memang benar kata pujangga “Jauh perjalanan luas pengalaman, terbuka minda“. Tapi bagaimana pula dengan “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik di negara sendiri“??..eemm….Fikir-fikirkanlah.. Paiti….menari

Jom layan gambar-gambar terakhir kami.

Pemandangan dari unit apartment kami

Bergambar bersama staff yang sangat baik & very helpful

Sekitar Incheon International Airport -luar

Menunggu Abah check-in. Datang tiga beg balik berbeg-beg..

Jumpa lagi di destinasi seterusnya..

Posted in SEOUL:Korea.S | Leave a comment

SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part8

SEOUL, Korea.S : 8th Day

Hari 8 : 26/06/2009

Hari ke8 semakin jelas menampakkan keletihan diwajah-wajah kesayangan hamba.. ihikhik

Perancangan hari ni tak berapa banyak coz petang nanti dah nak hantar kereta. Hari ini kami keluar awal sedikit. Sebelah pagi kami bercadang nak jalan-jalan di Itaewon Street. Nak tunjuk kat AcuYana tempat aku mula-mula jejak di Korea. Alhamdulillah cuaca hari ni nampaknya baik. Harap-harap sampai ke petang begini.

Itaewon Street : Kami hanya jalan-jalan di sini. Dalam niat nak jalan-jalan, terbeli jugak barang..hehe. Apa leh buat..Itaewon merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Yongsan-gu. Kebanyakkan warga asing duduk di sini. Ia agak terkenal kerana kebanyakkan imigran asing membuka restoran di sini termasuk juga pub. Kedai halal juga banyak di sini. Ini mungkin kerana  di sini terdapat Masjid Pusat Seoul, masjid terbesar di Korea Selatan. Next…

Ish..macam pasangan ehemmm lak acu ngan tokey kedai tu..jgn mare 😛

Namdaemun Market : Ingat tak perkara wajib beli aku bgtau sebelum ni. Ye kerongsang. Dan itulah yang aku terlupa nak beli semalam. Hari ni kami ke Namdaemun Market semula untuk membeli kerongsang. Kali ni kami ke Namdaemun menaiki train.Train emoticon  Staff hotel bagitau, waktu pagi susah nak cari parking kat sana. Selepas membeli kerongsang, kami balik semula ke tempat parking kereta untuk ke destinasi seterusnya. Next..

Tempat membuat dan membeli aksesori wanita. Murah-murah…

Dongdaemon Market : Dongdaemon pula bermakna “Gerbang Besar Timur“. Di sini lebih kepada pusat tekstil. Walaubagaimanapun terdapat juga barangan lain di jual di sini seperti peralatan rumah, peralatan dapur dan sebagainya. Kami ke sini untuk membeli Korean Silk. Satu kemestian bagiku apabila sampai di sini. Biasalah..pompuan..hehe. Mula-mula hajat di hati nak belikan Ashiilah ‘Hanbok’ (pakaian tradidi korea) tapi HB kata Ashiilah kecik sangat lagi. Kejap je besar..nanti dah tak muat. Terpaksalah batalkan saja niatku itu. Next…

Sekitar Dongdaemon. Lupa lak nak snap gambar korean silk yang kitorng beli.

xCar ibu aka Picanto (Kia)..Abah last pose bersama kereta idaman.

Selepas selesai acara shopping kain, kami ke apartment semula. Dalam jam 14:00 staff syarikat kereta sewa akan datang untuk ambil kereta di tempat menginapan kami. Alhamdulillah, walaupun jalan agak sibuk,kami selamat sampai ke apartment lebih kurang jam 13:00. Lebih kurang jam 14:00 kami meneruskan perjalanan ke Olympic Stadium Seoul.

Olympic Stadium Seoul : Kami ke sana menaiki train. Ia lebih mudah menaiki train kerana memang ada hentian Stesen Olympic Stadium. Walaupun kini stadium ini tidak digunakan secara meluas, tapi tetap dikunjungi orang ramai. Selain kedatangan pelancong, ia sering didatangai penduduk setempat kerana terdapat pasar raya di bahagian bawah stadium ini. Next…

Sekitar Olympic Stadium..Along tutup mulut,masuk lalat nanti..

Han River (Hangang River) : Dari Olympic Stadium, kami ke Han River dengan menaiki teksi. HB bagitau pemandu teksi tu supaya berhenti di Cruise Stesen, dia angguk-angguk. Ingatkan faham, sekali dia berhenti kat tempat rekriasi la pulak. Jauh gak la nak berjalan ke cruise. Loteh makcik berjalan..rasa nak guling jer ke tempat cruise tapi sabarjela..senyum..senyumm…Kami menaiki cruise terahkir jam 18:00. Harga mengikut package yang kita hendak. Tak ingatlah HB beli tiket package yang mana satu. Yang pasti kami melalui beberapa jambatan yang dihiasi lampu-lampu dan menikmati pemandangan jambatan Banpo dengan persembahan Moonlight Rainbow Fountain.  merupakan salah satu jambatan yang melintasi Sungai Han. Ia menghubungkan daerah Seocho dan Yongsan. Ia juga ikenali sebagai “double deck” bridge kerana jambatan ini mempunya 2 tingkat. Pancutan air berirama dan bercahaya akan dipersembahkan melalui tepi jambatan Banpo. Masa ni hanya sebelah sahaja baru siap. Dijangka Sept 2009, air pancut ini akan siap di kedua-dua belah jambatan. Sangat cantik dan menarik. Tak lengkap rasanya kalau datang ke Seoul tak melihat Moonlight Rainbow Fountain di Banpo Brige. Next…

Senyum ada makna tu..Penat wehh..

Kepenatan yang berbaloi..

Restoran Salam, Itaewon : Jam menunjukkan jam 20:00. Kami menahan teksi untuk ke Itaewon untuk makan malam. Kami makan di Restoran Salam (Turkish). Ini merupakan makan malam kami yang terakhir di Seoul. HB sempat berkenalan dengan dua orang rakyat dari Republic of Tanzania. Sebenarnya dah beberapa kali kami terserempak sewaktu makan di sini, baru hari ni bertegur sapa. Dorang pun dah nak balik esok. Dorang ke sini atas urusan perniagaan katanya. Esok dah nak balik. Rasa macam belum puas berjalan-jalan di sini. Pada mula perancangan, kami rasa macam lamanya 9 hari di Korea. Ada ke tempat nak pergi..rupa-rupanya banyak lagi tempat tak sempat kami lawati. Next day.

Gambar makan takde harini so ni gambar yang sempat disnap hari ni.

Posted in SEOUL:Korea.S | Leave a comment

SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part7

SEOUL, Korea.S : 7th Day

Hari 7 : 25/06/2009

Roti potong dah abis. Hari ni makan red bun saja. Tinggal beberapa hari je di sini. Esok dah nak kene pulangkan kereta. So hari ni nak kene pi shopping ni. Hehehe.. menari

Pose sebelum memulakan perjalanan.

N Seoul Tower : Destinasi pertama hari ini ialah Seoul Tower atau Namsan Tower (Lebih dikenali sebagai N Seoul Tower). Seoul Tower terletak di Namsan Mountain. Tinggi menara ini mencapai 236.7 m (777 ft) dari dasar dan berada di ketinggian 479.7 m (1,574 ft) di atas permukaan laut. Kami parking di Pusat Theater coz kenderaan awam tak dibenarkan parking di atas. Kemudian kami ke atas menaiki bas. Oleh kerana sebelum ni tak pernah datang bawa kereta sendiri, HB pun tak tau nak ambik bas kat mana. (dulu aku naik cable car untuk naik, so teksi berhenti dekat cable car parking je) Kitorang tanya la orang kat situ, dia kata dekat track jogging. Disebabkan terlalu excited..mengejar anakanda yang asyik berlari kami terlepas pandang papan tanda bus stop. Agak jauh juga kami terlajak naik..turun balik .  Takpelah, excercise..hehe. Dari tempat parking bas, kami kene berjalan pula mendaki bukit untuk sampai ke kaki Seoul Tower. Leh tahan gak curamnya..loteh kami dibuatnya. Yang tak tahan bila Along mintak dukung.. Adoiyai.. Siapa yang jadi mangsa? Acu juga..hehe.

Pusat Teater

Tersalah jalan..Takpe Excercise.hehe..

Dari Seoul Tower kita dapat melihat pemandangan indah Seoul. Pintu masuk Seoul Tower berada di bawah tanah. Tiket masuk berharga W3,000 (4-12 thn), W7,000 (13-64thn), W5,000 (65thn ke atas). Terdapat juga restoran berputar di tower. Berdekatan Seoul Tower juga ada Museum Teddy Bear. Tapi kami tak masuk, tengok dari luar. Nampak la sikit-sikit sebab cermin kaca. Sebelum  balik kami sempat membeli cenderahati sebagai kenangan. Next…

Bas transit..HB dah keletihan..Acu pun dah mula pancit dukung Along. adus

Akhirnya sampai juga..N Seoul Tower

Sekitar N Seoul Tower

Sekitar Tower..Pose Sebelum Turun

Restoran Wazwan, Itaewon : Kemudian kami ke Itaewon untuk makan tengah hari. Kami ke Restoran Wazwan (Indian Cuisine), terasa nak makan nasi briani hari ni. Lepas ni nak pi shopping..hehe... Next…

Kita makan dulu…

Namdaemun Market : Kami ke Namdaemun Market. Ia merupakan pasar tradisi terbesar di Korea. Namdaemun bererti “Gerbang Besar Selatan“. Kalau anda nak shopping, dicadangkan beli sana di sini. Pakaian, barangan dapur, cenderamata, kerongsang (wajib beli ni) dan macam-macam la dengan harga juga murah. Oleh kerana keluasannya yang besar (40.000 m²), terdapat beberapa Gate untuk masuk. Pasar ini mula beroperasi jam 11:00 – 03:00. Tapi bagi sesetangah kedai, ia hanya beroperasi sehingga jam 17:00 sahaja. Kali ni kami membeli lebih kepada barangan rumah seperti bekas makanan, sudu dan chopstik, baju anakanda, apron (cantik-cantik apron dier), sedikit souvenir, selipar, beg galas serta beg travel buatan korea (beg 3 beradik hanya satu set je keluarannya, kira limited edition la). Camno nak bawak tu..hhaaha. Tu shopping tak ingat namanya. Next…

Shopping Time..

Masih shopping lagi..

Restoran Salam (Turkish), Itaewon : Kami ke Itaewon semula untuk makan malam. Puas hati shopping..lapor la pulak. Kami order Lamb Shish Kebab, Chicken Shish Kebab dan Chicken Kalimari. Next…

Cheonggyecheon Stream : Malam ni HB ajak ke Cheonggyecheon Stream lagi. Saja nak tangkap gambar sebab haritu bila sampai ke main entrence dah tutup air. Hari ni kami terus ke main entrence. Sempatlah tengok air pancut. Tapi hari ni air kat laluan dari siput ke stream tak on pulak. Takpelah..  Selepas puas menikmati keindahan malam, kami balik. Esok kereta dah nak dipulangkan. So malam ni HB saja bawa kami ronda-ronda bandar Seoul sampai tersesat-sesat..hehe . Kebetulan ada road block, bolehlah HB tanya polis tu. Tapi tak berapa clear juga coz polis tu tak berapa reti English. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai juga ke apartment. Next day.

Di Cheonggyecheon Stream untuk kali kedua.

Hasil shopping baju anakanda.

Posted in SEOUL:Korea.S | Leave a comment

SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part6

SEOUL, Korea.S : 6th Day

Hari 6 : 24/06/2009

Makin hari makin ngantuk rasa nak bangun pagi. Agaknya tak cukup rehat lagi ni. Berjalan punya pasal kami gagahi juga. Mulakan dengan senyuman..hehe . Semasa sarapan kami merancang-rancang nak pergi menembak hari nie. Best..best..inilah hari yang ditunggu-tunggu.. Antara perkara wajib yang anda perlu buat bila datang ke sini. Menembak dengan pistol betul tau…

Panorama sepanjang jalan ke Lotte World Mall

Lotte World Mall : Selepas sarapan kami memulakan perjalanan ke Lotte World Mall. Di Lotte World ada 2 jenis pusat permainan. Di dalam mall (seperti di Time Squre lebih kurang) dan di luar mall.  Hiburan indoor dikenali sebagai Adventure Park manakala Theme Park di luar namanya Outdoor Recreation Park of Lotte World atau dikenali sebagai ‘Magic Island‘. Dicadangkan sehari di sini untuk anda mencuba kedua-dua Theme Park bagi merasai keseronokkan yang tak terhingga. Sangat tak rugi..(info) Memandangkan destinasi kami seterusnya agak jauh, so kami bercadang untuk pergi menembak + jalan-jalan jer di Lotte World. Sian AcuYana tak dapat main, tengok jer games yang ada tapi takpe AcuYana kata..”berehhh”… . Masa  ni Lotte World Mall ada sambutan 20years so agak meriah suasana di sana. Kat sini juga ada Ice Skating. Next…

Sekitar Lotte World

Along rambang mata tengok banyak mainan.

Up right emoticon arrow Lotte World Shooting Range : AcuYana la orang yang paling excited. Yela..ni first time dier menembak pakai pistol dan peluru betul. Aku kira 2nd time la..tp tetap excited. Dulu aku macam acuYana gak..excited giler rasa. Along pun sibuk duk main bang..bang dengan replika pistol yang ada. Walaupun replica beratnya sama macam yang betul. Suka betul nampaknya. Yela..kat tempat kita mana ada peluang macam ni. Tempat ni berlesen. Kita pun kene pakai pakaian khas sebelum menembak. Pistol kita boleh pilih sendiri. Kali ni aku pilih pistol yang agak berat (heheh..alasan ), so keputusan menembakku hanya 58%. Dulu 64%. Ish..ish..malu sih. AcuYana pun dapat 60%++. HB dapat 80%++, gread A. Tok guru mana boleh kalah... Ia beroperasi dari jam 09:00 – 20:00. Harganya dari W15000 ~ W30000 (per 10 bullets / depends on rifle). Hanya mereka yang berumur 20tahun ke atas dibenarkan menembak.

Register untuk menembak.

Posing dengan rifel masing-masing..chewah

Up right emoticon arrow Jungle Shooting : Pastu kami ke Jungel Shooting. Along lak nak menembak. Tapi kali ni senapang + peluru plastic jer. Akhirnya yang menjadi tukang tembaknya en.Abah juga. Along duk sebelah jer..hehe..

HB try nak ambik monyet tu tp tak dapat..

Up right emoticon arrow Toy ’R’ us : Dah beberapa hari berjalan, masing-masing dah kekurangan tenaga. Along lak sikit-sikit mintak dukung…sian acu menjadi mangsa. So HB ambil keputusan untuk membeli satu lagi Kanggaro Bag. Mudah sikit acu nak dukung Along. Kami ke Toy’R’us untuk beli Kanggaro Bag. Besar Toy’R’us di sini. Sebelum duit abah melayang, Along tak dibenarkan masuk. Along tengok menan dari luar pun dah tak duduk diam..Nasib baik tak masuk dalam. Kalau tak, tak dapat nak bayangan…

Sekitar Toy ‘R’ Us.. Kanggaro Bag emergency

Up right emoticon arrow Folk Museum : Di sini juga terdapat Folk Museum. Hajat di hati memang nak masuk, tapi tengok jam dah petang. Takut lewat sangat sampai Wolmido. Terpaksalah batalkan niat suciku itu.

Posing je, naiknya tidak..hehe

Wolmido Amusement  Park : Seterusnya kami ke Wolmido untuk makan di restoran seafood yang segar dan seterusnya ke Wolmido Amusement  Park. Seafood kat sini memang segar sebab ia berdekatan dengan laut. Segar dan murah. Puas kami makan. Kat sini juga anda boleh naik Cruise. Ia juga berdekatan dengan pelabuhan. Lepas makan, kami ke Theme Park. Dekat je..seberang jalan. HB main baling dart. HB score 12/14 so dapat penguin sekor. Acu main Sun Drop. Along sampai nangis-nangis tengok acu naik Sun Drop..dier ingat acu jatuh kot..hehe. Aku dengan HB gelak je. Aku tak main apa-apapun, tengok orang main je. Lagipun dah lewat. Dah nak tutup. Segar bugar pulak anakanda malam ni..ish..ish. Next Day.

Menu kami malam ni.

Makan Chop sticks smile Rice bowl + rehat sekejap.

Masa untuk berhibur..

Acu bergembira..Along berduka..hehe

Akhir sampai ke apartment

Posted in SEOUL:Korea.S | Leave a comment