JEPUN, Tokyo : Okt 2010 – Part4

JEPUN, Tokyo: 4th Day

Hari 4 : 18/10/2010

Shinagawa Aquarium : Hari ni kami plan nak bawa anakanda pi aquarium. Kami akan ke Shinagawa Aquarium menggunakan train. Kami minta bantukan staff apartment memberi guide line untuk ke Shinagawa Aquarium mengunakan train. Direction ke Shinagawa bermula dari apartment kami akan ke Akabanebashi Station. Kemudian stop di Daimon Station. Kemudian tukar train (E27-> E20/A09). Dari Daimon  (A09) pergi ke Sengakuji (A07). Kemudian tukar train lain, using Keikyu Line ke Omori-Kaigan Station (KK04). Kemudian kami perlu berjalan untuk sampai ke Shinagawa Aquarium mengikut papan tanda. Agak jauh juga nampaknya perjalanan kali ini. Kami redah je. Walaupun kami perlu bertukar-tukar train, train di sini tukar-tukar pun dalam tu jua. Tak perlu keluar. Kebanyakkan train di Tokyo bawah tanah. Seolah-olah ada bandar baru di bawah tanah ni. Bukan setakat station train semata-mata. Lengkap dengan kedai makan, pasaraya, kedai baju dan macam-macam lagi. Walau pun begitu, keadaan di bawah tanah ni tak panas dan tak berbau. Cukup selesa walaupun ramai orang. Sepanjang perjalanan ke Aquarium, sempatlah kami melihat kawasan persekitaran yang kami lalu. Kami cuba juga intai-intai kereta abah dan ibu, tapi kereta abah tak jumpa. Almaklumlah, limited edition katanya..huhu. Vellfire kami jumpa banyak juga.

1Sekitar station train. Ramainya toksah cite tapi dorang disiplin.

0Ashiilah yang tak reti letih. Pic2 Kawasan Rumah Apartment. Pic3 kawasan perkubur.

2Gambar persekitaran laluan kami melalui kawasan construction. Honda Stepwagon (Stepwgn)..mula-mula ingat Elysion.

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami di Shinagawa Aquarium. Tiket berharga Y1300 untuk dewasa. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Kami juga sempat melihat persembahan Singa Laut. Akuarium dia Sewaktu singgah di kedai cenderamata, anakanda Ashiilah sempat menangkap ikan Yu sekor. Along pula beli pancing ikan doremon. Kalau tak silap ibu, kita boleh masuk ke dalam Aquarium semula jika dah keluar dengan syarat perlu menunjukkan tiket yang telah dibeli tadi (kalau silap harap maaf coz tk brape clear masa dia bgtau). Di luar Shinagawa Aquarium terdapat Restoran Dolphin yang dibina di atas air. Terdapat juga taman rekriasi untuk pengunjung berehat dah beriadah. Amat cantik dengan tasik yang bersih. Kami berehat di sini dahulu sebelum pulang. Next…

3Di depan pintu masuk Shinagawa Aquarium

4Persembahan Singga laut. Amrullah memang suka melihat haiwan, tak kira hidupan laut atau darat. Dia Sangat excited..

5 Pic 1 adalah Restoran Dolphin. Bergambar di luar aquarium.

6Bergambar di sekitar taman rekriasi. Amrullah pantang nampak burung mesti kejar.

7Anakanda kehausan. Abah call sapa tue?? Hasil tangkapan Ashiilah, dah sama besar dengan tuan punya badan... Amrullah dan set pancing.

Restoran Jom Makan : Hari ini kami akan ke restoran Malaysia kedua setelah percubaan pertama gagal. Kali ni Restoran Jom Makan di Ginza Station. Kami menaiki teksi dari Shinagawa (Aquarium Shinagawa) ke Ginza. Ia terletak di station bawah tanah Ginza exit C1. Berdepan dengan Starbuck Coffee. Alhamdulillah, jumpa pun restoran Jom Makan, halal. Masa ni memang dah lapar giler. Dapat pula makanan Malaysia. Memang laju je masuk mulut. Kami order nasi + kari ayam, kangkung goreng, roti canai dan kentang. Roti canai kat sini macam lempeng pun ado. Makan je. Alhamdulillah..kenyang.

8Restoran Jom Makan. Kebetulan pelayan yang layan kami harini orang Sarawak so kami cakap Melayu je.

9Ibu.. keletihan yang menyeronokkan.

Selesai makan, kami terus balik ke apartment untuk berehat. Kami perlu mengambil Hibiya Line (H08) ke Roppongi (H04). Di Roppongi Station, tukar train Roppongi (E23) -> Akabanebashi (E21). Kemudian kami perlulah berjalan untuk sampai ke bilik. Anakanda pun dah kenal jalan ni. Siap nak jalan sendiri, taknak dipegang. Esok kami ada trip ke Hakone & Fuji Mountain. Malam ni kena tido awal coz esok kena bangun pagi. Perut kenyang lagi. Malam ni cari makanan di MaruetsuPetit jela. Jumpa esok.. Mata pun dah kecik-kecik. Daa.. Next Day…

Advertisements
This entry was posted in JEPUN:Tokyo. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s