JEPUN, Tokyo : Okt 2010 – Part3

JEPUN, Tokyo: 3rd Day

Hari 3 : 17/10/2010

1Di mana-mana dan ke mana pun bawa ultraman

Shinjuku / Rasa Malaysia : Hari ini kami merancang untuk mencari restoran makanan Malaysia. Dari carian kami ada 2 tempat makanan Malaysia. Mula-mula kami akan ke Shinjuku mencari Restoran  Rasa Malaysia. Besok baru cari restoran Malaysia yang lagi satu. Bangun je dari tidur, anakanda terus cari mainan ultraman. Hari ni anakanda mandi bath tab..lama lak tu. Mana tak lama, nak mandikan ultraman je dah berapa ekor. Walaupun toilet di sini comel-comel je, tetap ada bath tab. Disebabkan kami tidak mengejar masa, ibu biarkan je dua beradik tu main kat bath tab. Selepas bersiap dan bersarapan, kami ke station metro untuk ke Shinjuku. Misi hari ini mencari restoran Malaysia. Kami pergi hanya berpandukan maklumat dan peta dari internet. Pusing punya pusing, tanya orang sekitar masih tak jumpa.

2Memulakan misi pencarian restoran Rasa Malaysia. Berkenan dengan basikal dorang, siap ada bakul untuk kanak-kanak.

Akhirnya kami ke restoran Taj Mahal, restoran Pakistan untuk makan tengah hari. Nasib baik jumpa orang Pakistan kat area tu. Dia yang tunjukkan restoran halal di situ. Selepas makan kami sambung mencari lagi, sambil menikmati dan mengenali Shinjuku. Sempat juga kami membeli jam key-chain pelbagai bentuk untuk dijadaikan souvenir. Satu yang mengagumkan kami ialah kami dapati perokok di sini sangat berdisiplin. Mereka hanya merokok di tempat yang dibenarkan merokok. Iaitu di area yang ada singboard merokok. Sekiranya mereka hendak merokok, mereka akan merokok di kawasan tersebut sahaja dan memulakan langkah sesudah rokok dipadamkan dan dibuang ke dalam tong rokok yang disediakan. Sedang aku perhatikan mereka, kebetulan orang yang hendak membuang putung rokok terjatuh putung rokoknya. Dia kutip balik dan dimasukkan ke dalam tong. Kawasan di situ jua bersih. Jangankan sampah, seputung rokok pun takde. Kalau kat kita..yang ado.. Memandangkan hari dah semakin petang, kami memutuskan untuk balik saja. Dalam percubaan terakhir, adalah seorang warga Jepun yang bawa kami ka alamat yang diberi. Tengok dari gayanya dah tutup kedai. Macam kedai tinggal je. Bandar Shinjuku juga agak sibuk dan padat. Pasaraya Labi merupakan mall electronic yang terkenal di Shinjuku. Bahagian luar bangunannya terdapat screen electronic yang besar . Seterusnya kami akan ke Tokyo Tower untuk menikmati pemandangan malam bandar Tokyo. Next…

3Sekitar Shinjuku. pic 2:Labi Mall

4 Along yang selalu aktif, Ashiilah dah keletihan..ZZzz

5Basikal merupakan salah satu daripada pengangkutan utama di sini. Kami makan roti je di Taj Mahal.

Tokyo Tower : Sampai di Tokyo Tower hari dah semakin gelap. Ramai juga orang datang untuk menaiki observatory deck pada waktu malam. Main observatory deck 150m manakala Special Observatory deck 250m. Kami naik sehingga ke Special Observatory. Mula-mula semua pengunjung perlu ke main obs.deck,  fee Y820 , kemudian baru ke special obs.deck dengan bayaran Y600. Kanak-kanak bawah 4 tahun free. Sementara menunggu giliran untuk ke special obs.deck, sempat jugalah kami membeli sedikit souvenir sebagai kenangan. Nasib baik staff di sini peramah, merekalah yang duk layan anakanda sehingga giliran kami sampai. Special obs.deck agak kecil jadi bilangan pengunjung terhad dalam satu-satu masa. Pemandangan malam yang sangat cantik dengan hiasan lampu yang berwarna warni. for looking at planets and stars., telescope iconAnakanda nampak seronok sangat. Ibu ingatkan dorang takut tengok bawah, rupa-rupanya tidak. Ibu pula yang macam gayat tengok bawah lama-lama.

6Pic di Tokyo Tower.

Memandangkan apartment kami kat bawah tu je, kami berhajat naik lagi untuk melihat pemandanan bandar Tokyo di waktu siang pula. Insyaallah.  Hari ini tak berapa memenatkan. Kami mengambil masa tidak sampai 10minit untuk sampai ke apartment. Sampai saja di unit apartment kami, anakanda terus mencari ultraman. Malam tu kami makan mcD lagi. Hajatnya nak masak, tapi belum kesampaian lagi. Baru sempat masak air je..hehe..Next Day

8Pic dari Main observatory deck. Public phone pun disediakan di observatory deck.

7

Pemandangan dari Special observatory deck. Jika dilihat melalui gambar macam sama je tapi realitinya lebih sayup mata memandang.

Advertisements
This entry was posted in JEPUN:Tokyo. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s