JEPUN, Tokyo : Okt 2010 – Part2

JEPUN, Tokyo: 2nd Day

Hari 2 : 16/10/2010

0Narita International Airport : Kami sampai di Narita International Airport airport,aeroplane,plane,tourism,travel,airplanepada jam 07:30. Keadaan di luar dah cerah seperti jam 10:00 pagi. Yela, subuh pada ketika ini jam 04:24. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 7jam 30minit. Alhamdulillah kedua-dua anakanda berkelakuan baik sepanjang penerbangan. Yela,waktu tido masa tu. Selepas mengambil bagasi, semasa beratur untuk melalui imegresen, ada polis bersama anjing pengesan akan berlegar di sekitar kawasan airport sambil menghidu beg-beg pengunjung secara rawak. Nasib baik anjing tu tak datang ke arah kami. Anakanda dah peluk-peluk kaki ibu. Mana taknya anjing tu besar. Besar dari anakanda Ashiilah. Security check di Jepun agak ketat. Lebih kurang jam 08:30 baru selesai urusan. Kami disambut oleh wakil dari pihak hotel. Kami dijemput dengan menaiki MPV Toyota Estima Hybrid berwarna Hitam. Sepanjang perjalanan ke hotel, kami menikmati pemandangan Jepun untuk pertama kali. Satu lagi pengalaman baru yang berharga bagi kami. Maka bermulalah episod percutian di Jepun.

1Alhamdulillah. Sampai sudah. Itulah kereta Estima yang menjemput kami.

2Pemandangan sepanjang perjalanan ke tempat penginapan.

3Anakanda yang keletihan tapi masih ceria

Kami sampai di tempat penginapan pada jam 10:30. 1 jam perjalanan dari airport. Kami menetap di Somerset, Azabu East Service Apartment, Tokyo.[link] . Kami memilih Apartment 1 bilik, tingkat paling atas dengan harapan dapat menikmati pemandangan Tokyo yang indah. Walaupun unit apartment di sini agak kecil, peralatannya lengkap. Mesin basuh pinggan mangkuk pun ada. Kebanyakkan barangan elektronik di sini berjenama Panasonic. Internet free dan sangat laju. Siap ada 2 ekor burung kertas pada Welcome Note di atas meja menyambut kedatangan kami. Tempat penginapan kami berdekatan dengan Tokyo Tower, Metro Station [link] dan Supermarket MaruetsuPetit. Staff di sini sangat friendly dan fasih berbahasa Inggeris. Selesai masuki bilik, badan mula rasa cam ada sesuatu yang tak kene, mata pun dah agak lama terbuka.. rasa cam mata nak tutup je kejap, kita tidur dulu...

4 enAbah..cuti-cuti juga kerja tetap kerja. Ashiilah pun sibuk nampaknya

5Bilik yang compact..semua ada.

UENO/Akihabara : Jam 14:00 kami tersedar dari tidur coz perut dah lapar. Amrullah dah mula bertanyakan ultraman dia. Selepas makan bekal yang dibawa dari Malaysia, kami memulakan perjalanan ke UENO dan Akihabara dengan menaiki Tokyo Metro. Train merupakan pengangkutan awam utama di Tokyo. Perjalanan dari apartment ke Station Metro mengambil masa 10minit. Perjalanan kami dari  Station Kamiyacho [H05] – Station Akihabara [H14] tambang  Y190. Misi kami adalah mencari mainan anakanda aka ultraman. Sampai di UENO, sangatlah ramai orang. Kawasannya sangat besar. Banyak giler kedai mainan tetapi lebih kepada permainan video game. Namun misi pencarian gagal. Owner salah satu kedai di situ suruh kami cuba ke  Yodabashi Akiba. Next…

6Pemandangan dari bilik. Tokyo Tower pun nampak. Pic3 tu pili bomba.

7Pemandangan sekitar UENO. Pic4 Pintu masuk Yodabashi Akiba

Yodabashi Akiba : Yodabashi Akiba merupakan mall elektronik terbesar di Tokyo. Menurut pakcik tadi, toys di tingkat 6. Barangan dibahagikan mengikut floor. Sampai saja di mall, enHubby yang rambang mata dulu coz kami melalui kawasan barangan electronic untuk beberapa tingkat. Sangatlah menarik barangan electronic kat sini. Kami terus menuju ke floor toys dan kali ni anakanda Amrullah pula yang rambang mata. Sangatlah banyak ekor ultraman. Pada mulanya ibu dah pesan “along beli 2 je ye”. Anakanda jawab “ok”. Sampai je di floor 6, siap suruh ibu ambik bakul lagi. Anakanda Ashiilah masa ni tak pandai meminta lagi. Save sikit. Hasil keseronokkan anakanda Amrullah, 15 ekor ultraman dan 2 ekor raksasa telah ditangkap masuk ke dalam bakul. Itu pun setelah ibu lepaskan beberapa ekor ultraman dari bakul. So enHubby apa lagi..bayar jela. Abahkan peminat ultraman juga.hehe . Semasa turun, enHubby suruh ibu dan anakanda tunggu di kerusi rehat sekejap. Nak jalan-jalan tengok barang electronic katanya. Tup-tup akhirnya enAbah ‘terbeli’ bell berkamera+berwarna jenama Panasonic, Y17000. enHubby kata ada pelbagai pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana. Tapi lain jenis lain pula harganya. enAbah beli yang pertengahan. Ibu tak kisah, suka je coz nak pasang kat rumah kami juga. Nanti takdelah tertanya-tanya siapalah ketuk pintu rumah. Lepas ni bila loceng ditekan dah boleh nampak siapa yang mengunjung. Kalau tetamu tak diundang boleh suruh balik je..hehe. Niat di hati ibu nak ke bahagian kelengkapan dapur tapi lupakan sajalah takut ‘terbeli’ benda yang tak sepatutnya pula. Di luar mall juga terdapat kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, peralatan rumah terutamanya mainan dan barangan electronic. Sempat jugalah kami membeli Dragon Ball 2 ekor.

8Anakanda yang tak menang tangan. Abah tengah meng’usha’ barangan elektronik.

Ibu dan anakanda dah keletihan. Seharian berjalan. Kami pulang ke apartment menaiki teksi Mitsumaru, tambang Y2200. Tak larat dah nak jalan balik ke station Metro. Dinasihatkan anda untuk naik train coz tambangnya jauh lebih murah. Malam tu enHubby pergi ke McDonald di Tokyo Tower untuk cari makan malam. Kemudian enHubby singgah di MaruetsuPetit membeli roti dan buah. Boleh buat sarapan pagi esok bersama tuna yang dibawa dari Malaysia. Masa untuk rehat.. Next Day.

9Hasil borongan di tangan enAbah. Pemandangan malam Tokyo dari bilik.

Advertisements
This entry was posted in JEPUN:Tokyo. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s