JEPUN, Tokyo : Okt 2010 – Part1

JEPUN, Tokyo : Okt  2010

Matawang Yen (JPY) : 1 MYR = 26.7876 JPY

23:45 Departure (SIN)

12:15 Arrive (NRT)

Waktu awal 1 jam dari Malaysia

japan_map

 Sejenak

Alhamdulillah kali ini kami diberi kesempatan dan rezeki untuk meneroka bumi matahari naik, Jepun . Masa remaja, aku suka juga tengok cerita Jepun. Tapi sejak beralih arah ke Korea ni jarang dah tengok cerita Jepun. Tak banyak persiapan yang kami buat. Lebih kepada nota-nota penting especially alamat kedutaan Malaysia di Jepun dan waktu solat. Jepun adalah sebuah negara kepulauan di Asia Timur yang terletak di sebelah barat Lautan Pasifik. (more info).  Ia memerlukan Visa untuk masuk. Nak cerita pasal visa ke Jepun agak complicated. (more info Visa) . Kami akan ke Tokyo. Seperti biasa kami akan bergerak sendiri tanpa tourist guide atau mengikuti package. Hanya perpandukan peta dan maklumat yang dicari di internet. Assistant pun kami tak bawa. Perjalanan 4 beranak. Mengikut info yang kami baca di internet, di Jepun mudah untuk bergerak sendiri kerana kecekapan public transport dalam menghubungkan sesuatu tempat. Semoga semuanya dipermudahkan. Lebih-lebih lagi takda pembantu. Pasti perlu lebih bersabar. Apabila anakanda Amrullah tahu yang kami akan ke Jepun, first yang terkeluar dari mulutnya nak beli utraman. Ya Allah, lindungilah kami sekeluarga dari segala yang tidak diingini dan permudahkan perjalanan kami. Amin. Memandangkan kami menaiki pesawat Penerbangan Singapore Airline, kami akan transit di Changi International Airport untuk menaiki penerbangan ke Jepun. Jepun merupakan salah satu negara yang memang dalam senarai kami untuk melawat. Ini kerana kami ingin melihat dan merasai sendiri teknologi product Jepun yang sering menjadi bualan. Almaklumlah kami memang peminat teknologi especially enHubby. Percutian kami kali ini lebih untuk berehat sambil mengenali negara orang. Pergi mana yang sempat je mengikut kesesuaian keadaan supaya semua orang relax. Anakanda2 pun masih kecil. Ketika ini Anakanda Amrullah berusia 3 thn 2 bln manakala Ashiilah 1 thn 8 bln.

1enAbah tengah Q utk check-in di KLIA. Naik aerotrain untuk ke Satellite Building.

 Hari 1 : 15/10/2010

Kami bertolak ke KLIA dari Senawang pada jam 17:00. enHubby drive. Kereta parking di KLIA, 1 hari=rm43. Selepas check-in, kami perlu ke Satellite Building (Terminal Satelit A) untuk penerbangan antarabangsa dengan menaiki aerotrain. Penerbangan KUL-SIN pada jam 20:45. Penerbangan mengambil masa 45minit. Sampai di Changi International Airport pada jam 21:30. Penerbangan ke Jepun sepatutnya pada jam 23:45 tapi delay 30minit. Penerbangan kami ke Jepun (SIN-JPN) berlepas pada 16/10/2010 jam 00:15. . Kami terpaksa menunggu lebih kurang 2jam di Changi Airport sebelum berlepas ke Jepun.

2Bergambar di sekitar Terminal Satelit A (Satellite Building)

Bagaimanapun semasa kami transit di Changi airport, sempat juga kami membawa anak-anak meronda dan bermain di dalam terminal 3 Changi. Nak elak dari anakanda2 kebosanan, ibu layan je. Airport Singapore ada 3 terminal. Terminal 3 yang paling baru, sangat cantik dan diakui sendiri oleh mr.Hubby, kerana mrHubby terlibat semasa KLIA dibina so ter’compare‘ pulak..ops.  Sangat selesa dan fully carpet lak tu. Memandangkan dah lewat malam, penerbangan pun tak banyak. Terminal taklah sibuk sangat. Seronok anakanda bermain lari-lari. Di terminal ini juga terdapat kiosk internet Free untuk penggunaan umum.

3Bergambar di sekitar Terminal 3 Changi

4Cantikkan. Walaupun fully carpet, tiada bau dan sangat bersih.

Terdapat juga kiosk untuk mengambil gambar kita sendiri dan boleh send via email kepada kawan/famili. Sangat menarik sebab gambar yang kita ambil tu boleh ditag dengan background yang cantik2.

image1Bergambar menggunakan kiosk photo

Dalam terminal ini juga ada disediakan ruangan untuk kanak2 membuat art seperti mewarna, membuat tracing dan macam-macam lagi. Semua bahan disediakan seperti warna pensel, crayon dan kertas. Leka bermain sampai kami tak sedar 2 jam menunggu telah berlalu. Kami menaiki pesawat A380. Anakanda dah mula kecik-kecik mata nampaknya. Alamat tido jela dalam flight nanti. Sampai saja di tempat duduk, pramugari memberi setiap seorang kain suam untuk menyegarkan muka. Dapat ke Ashiilah, dijadikan hak milik. Masa pramugari nak kutip balik kain tu, anakanda taknak bagi. Pramugari tu pun tak kisah, ‘Takpe, biar dia nak main‘ katanya. Tak sampai 2jam penerbangan, anakanda dah mula ZZzz..diikuti abah dan ibu .

5Ashiilah lap muka sampai kering kain tu. Tidolah anak2ku..nanti sampai ibu kejut.

Advertisements
This entry was posted in JEPUN:Tokyo. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s