CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part4

CHINA, Tianjin-Beijing: 4nd Day

Hari 4 : 06/02/2010

Fujian Hotel: Hari ni kami bersarapan di hotel sahaja. Pagi-pagi lagi salji dah turun. Best-best.. Hari ni kami akan check-out dan meneruskan perjalanan ke Tianjin. Esok kami akan balik ke tanah air. Selepas bersarapan kami turun sekejap untuk bermain salji sebelum check-out. Perjalanan kami bermula awal hari ini kerana kami akan singgah di beberapa tempat sebelum ke Tianjin. Next…

1 Suhu menunjukkan -1C – -5C. Receptionist berkenan dengan ashiilah.2Anakanda seronok salji jatuh atas kepala. Hidung anakanda dah kemerahan cam badut..sejuk la tu.  3Fujian Hotel yang best..

Forbiden City : Destinasi pertama kami hari ini ialah Forbiden City iaitu Kota Terlarang. Ia berada di jantung pusat bersejarah kota Beijing. Tempat ini merupakan tempat tinggal para Maharaja Cina  di masa era Dinasti Ming dan juga pemimpin-pemimpin Dinasti Qing. Di sini juga terdapat Palace Museum (Muzium Istana) yang mempamerkan koleksi-koleksi barang seni Cina yang dimiliki maharaja. Menurut Julia, terdapat 999 ½ bilik di sini. Next…

4Ditengah tu gambar Mao Zedong (seorang tokoh filsuf dan pendiri negara Republik Rakyat Cina)

Tiananmen Square : Tiananmen Square ini merupakan pintu gerbang utama istana pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing. Ia bermaksud “Pintu Surga yang Damai”. Kini Tiananmen Square menjadi tempat berhimpun rakyat China. Menurut Julia, pada tahun 1989, pernah berlaku pertumpahan darah di sini. Ianya berlaku disebabkan ‘dalang’. Disebabkan terpengaruh, rakyat China menjadi korban. Aku pun pernah dengar tragedi Tiananmen ni tapi kebenarannya aku pun tak tahu. Di sekitar kawasan tu ada polis yang sentiasa meronda. Tiba-tiba terasa teringin lak nak bergambar dengan dorang. Aku bgtau Julia suruh tanya kat polis tu untuk bergambar bersama. Sekali tak boleh daa. Polis tu kata masa bertugas adalah masa bekerja dengan tanggungjawab. Tak dibenarkan buat benda lain. Macam tu la lebih kurang. Malu la pulak rasa…. Tapi memang respect la kat dorang. Next…

1Tiananmen Square di belakang kami.

Teater : Berdekatan dengan Tiananmen Square terletaknya Pusat Teater Kebangsaan. Pada hari-hari tertentu akan diadakan persembahan martial art. Terbuka kepada umum. Kami tertanya-tanya di mana pintu masuk coz sekeliling bangunan teater tu dikelilingi air. Rupa-rupanya pintu masuk teater tu bawah tanah. Kreatif dan unikkan.  Di sini kami dapat melihat 3 jenis bas iaitu bas setingkat, bas 2 tingkat dan bas keretapi (bas dengan 2 gerabak). Next…

2Berlatar belakangkan Pesat Teater Kebangsaan (berbentuk separa bulat) dan bas keretapi.

3Dalam perjalanan ternampak motosikal ni..menarik dan unik nampak.

Xidan Department Store : Sebelum bertolak ke Tianjin, Aktiviti akhir kami ialah shopping untuk kali terakhir. Kami ke Xidan Department Store dan Joy City. Disekitarnya terdapat banyak kedai-kedai yang boleh kita kunjungi. Kali ini tujuan shopping adalah untuk anakanda. Kami ke kedai mainan. Dah pasti yang rambang mata adalah anakanda Amrullah. Kami beli robot terbang satu…pastu cuci-cuci mata je... Parkson pun ada di sini. Next…

1 2Jejantas dia ada escalator. Bila la kat kita nak ada ye..2 Rekabentuk bangunan yang menarik perhatianku.

Selepas makan dan tapau makanan (untuk makan malam), perjalanan kami diteruskan ke Tianjin. Mr.Hubby meminta Julia dan driver menghantar kami ke Tianjin. Mudah sikit, tak perlu cari teksi lain. Harga yang dorang kenakan pun sama dengan teksi. Selamat Tinggal Beijing..Insyaallah kalau ada rezeki kami datang lagi. Next…

3Masa ni semua tidur termasuklah pemandu pelancong. Nasib baik driver tak tidur..

Golden Crown Hotel : Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Golden Crown Hotel, Tianjin. Hotel ni agak besar juga tapi staff dier kurang friendly sikit. Takpelah, lagi pun semalam je kami duduk di sini. Selepas rehat dan makan, aktiviti diteruskan iaitu menaiki Bullet Train Tianjin-Beijing. Tadi kan dah puas tido. menari Mesti ada kata kitorang ni takde keje kan.. Alang-alang dah sampai nak gak merasa naik bullet train beijing. Adakah se’best’ train laju Korea..??

1Masa ni nak sambut New Year. Along menikmati pemandangan Tianjin dari  bilik.

2Bilik kami yang selesa.

Kami menaiki bullet train dari Gu Wu – Beijing (perjalanan tanpa henti). Ia mengambil masa 30min sahaja. Panorama malam di Tianjin tak kurang hebatnya rekabentuk bangunan dan lampu hiasannya. Balik kami membeli tiket Beijing-Tianjin (berhenti-henti), mengambil masa 45min. Depan pintu masuk train disediakan air mineral botol kecil, free. Best-best.. Dalam perjalan balik ke Tianjin, cikEmi duduk bersebelahan seorang arkitek warga Indonesia yang bekerja di China. Dapatlah dorang tukar-tukar cerita. Mengikut ceritanya, rekabentuk bangunan di Beijing adalah antara yang terbaik (tak ingatlah dunia ke asia dia bagitau). Speed bullet train ini mencecah 326km/j. Hari ini berakhir agak meletihkan..perut pun tak berapa rasa lapar dek kerana mengantuk yang amat sangat. Malam tu salji turun agak lebat. enHubby ajak turun tapi mata ni tak boleh nak buka dah. Anak-anak dah selamat tido. Lastly enHubby je yg turun. Kami tido dulu ye.. Next day…

3Pemandangan malam di Tianjin. Map perjalanan train. Tiket bullet train.

4Pose depan bullet train. Along baca majalah berbahasa Cina dengan kusyuknye, macam faham je 5Anakanda siap main lari-lari..dah tengah malam. Passengger pun dah tk ramai. cikEmi pose.. 6Sekejap je kereta dah diputi salji. Nyesal lak tak turun masa nilove

Advertisements
This entry was posted in CHINA:Tianjin-Beijing. Bookmark the permalink.

2 Responses to CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part4

  1. ann says:

    nak tanya, masa pg ni, baby berapa umo?then suhu masa tu berapa celcius. plan nk bawa baby bercuti winter, ramai xgalakkan. so tgh cari tips bawa baby bercuti time winter.tq

    • zueyie says:

      baby 11bln+. suhu antara -1 to -5. baby sy masa tu pakai baju n seluar 3 lapis + winter jacket lg. Kalau ada kanggaro beg lagi ok coz baby akan lekat kat body kite. dier akan lebih warm.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s