CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part2

CHINA, Tianjin-Beijing: 2nd Day

Hari 2 : 04/02/2010

Fujian Hotel: Kami sarapan pagi di hotel saja. Selepas sarapan, kami naik ke bilik dan mr.Hubby terus mendapatkan pamplet untuk mencari tourist-guide serta kenderaan untuk ground-movement.  Alhamdulillah, kami dapat tourist-guide yang boleh berbahasa Ingeris, Julia namanya. Jam 12:30 beliau sampai di Loby hotel. Setelah berbincang, kami memulakan penjelajahan jam 13:00. Next…

3

Ready untuk memulakan perjalanan..

Great Wall : Tembok Besar Cina adalah destinasi pertama kami. Ia wajib dikunjungi jika anda ke Beijing.  Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km dan dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Terdapat empat lokasi Tembok Besar yang amat terkenal iaitu Ju Yongguan Badaling di pinggir Bandar Beijing, Jiayuguan di Wilayah Gansu, Huangyaguan Tianjin dan Shanhaiguan di Wilayah Hebei. Destinasi kami ialah Ju Yongguan, gate 3. Itupun dah tak larat rasa nak meneruskan pendakian. 1 stage je kami daki. Terdapat juga gerai jualan cendermata di sekitar great wall. Di situ ditawarkan juga khidmat bergambar. Jika kita beli ia akan diturutkan bersama buku tentang Tembok Besar Cina. Kami sangat kagum dengan keindahan di sekitar great wall ini serta kehebatan tersurat dan tersirat di sebalik “Great Wall” itu sendiri. Patutlah ia merupakan salah satu daripada keajaiban dunia. Susah nak cerita, kena datang dan lihat sendiri baru anda tahu apa yang saya maksudkan. Menurut Julia, kalau dah sampai di sini, anda kene bergambar dengan monument  batu yang bermaksud  “Bukanlah orang biasa yang membina tembok ini”. Hanya sebagai simbolik bahawa bukan orang biasa yang sampai ke Great Wall. Kira macam kita pun hebatlah seperti mereka. Next…

4Bergambar di depan Great Wall, gate 3.

5  Menikmati keindahan dan keunikkan Great Wall. CikEmi dukung Along yang dah tak larat jalan..bertambah kuruslah lepas ni .

6Deretan kedai cenderahati. Pose di depan monumen batu tanda Great Wall. Kena beratur nak tangkap gambar kat batu ni..ish.

The Cloisonne Factory : Seterusnya kami ke The Cloisonne Factory untuk melihat hasil kraftangan logam, tembaga, tembikar, lukisan dan sebagainya yang dihasilkan sendiri menggunakan tangan. So kite boleh tengok live kerja mereka. Sangat mengagumkan. Hasil seni mereka cukup halus. Sempat jugalah kami membeli sedikit souvenir untuk dibawa pulang. Perut dah mula keroncong. Terdapat restoran makanan halal di sini. Kami ke tingkat atas untuk ke Golden Palace Restaurant  bagi aktiviti seterusnya..makannn. Next…

7Sempat juga membeli satu dua barang sebagai kenangan..

Golden Palace Restaurant : Golden Palace Restaurant  merupakan restoran Islam dan halal. Alhamdulillah, sejuk-sejuk ni perut cepat lapar. Kami order ikan crispy, daging kambing goreng dan daging ayam masak apantah..hehe. Sedap dorang masak, menepati selera. Dekat restoran ni juga disedia surau so kami solat dulu di sini sebelum ke destinasi seterusnya. Next…

 8Anakanda2 dah lapar..nasi putih pun jadilah dulu sementara menunggu lauk yang diorder sampai.9Memang sedap chef..

Silk Store : Kami menuju ke Kedai Sutera China. Dalam perjalanan kami melalui Olympic Stadium. Kami berhenti seketika untuk melihat stadium sarang burung dan stadium kiub yang menjadi bualan masyarakat seantero. Sempat jugalah bergambar tapi di luar gate je. Esok kitorang akan masuk..Tunggu… Dari sini kami dapat melihat hotel termahal di Beijing iaitu Pan Gu Hotel, 7 star. Beribu satu malam. Baik duit itu aku wat shopping kain sutera kan..hehe.

Sampai di Kedai Sutera kami di sambut oleh seorang jurucakap. Beliau bertindak sebagai jurucakap aka ‘jurujual’. Sebabnya mula-mula dia akan terangkan apa yang ada dalam gallery sutera ni.. dari sejarah sutera, mengenai silk-road hingga terjadinya kain sutera zaman sekarang. Dan akhirnya dia akan promote suruh kita beli. Maka kami pun terbelilah beberapa helai kain sutera cina..hehe. Sian abah tolong bayar je tapi takleh pakai. Tq abah . Lelaki haram pakai sutera.  Setelah kain, selimut, cadar dan sarung bantal sutera yang kami beli tu di”vacum” untuk mengecilkan saiznya, kami pun bayar dan terus ke kenderaan kami untuk ke destinasi seterusnya. Next…

10Berlatar belakangkan Pan Gu Hotel..Gambar baris bawah: Ulat Sutera dalam botol mengikut usia kemudian dijadikan benang bila cukup umurnya. 11Proses benang sutera sehingga menjadi kain sutera bercorak.

Dalam perjalanan kami ke Tea Ceremony, kami melewati stadium Olympic (Stadium Sarang Burung) dan stadium Kiub air.  Kami sempat bergambar dari jauh, anyway kami akan ke stadium ini dalam masa terdekat…

Tea Ceremony : Aktiviti terakhir hari ini ialah Tea Ceremony. Tak ingatlah nama kedai ni. Menurut Julia, mereka sebagai pemandu pelancong wajib membawa pelancong mengenali upacara teh ni. Ini kerana ia merupakan satu warisan yang tidak akan hilang dan dijaga. Kami dipimpin seorang jurucakap yang akan mengajar cara minum tea mengikut cara tradisi cina. Aku baru tahu bahawa cara minum bagi lelaki dan perempuan berbeza.  Teh dorang ada pelbagai jenis. Ada yang boleh di makan dengan hampasnya sekali. Seperti biasa wang akan dikeluarkan di setiap destinasi..hehe. Hubby beli 2 jenis teh kesihatan dan Magic Mug. Gambar di mug akan bertukar bila dituang air panas dan mula hilang bila air semakin sejuk. Agak menarikkan. Selepas menghadiri tradisi minum teh cina, kami pun balik ke Hotel.

12Kedai yang agak kecil. enAbah menunjukkan skill memegang cawan teh (untuk lelaki) tapi tersilap pusing pulak. 13Teh bunga..perhatikan betul-betul. Teh (kuncup) dimasukkan ke dalam air suam akan berkembang sehingga menjadi sekuntum bunga.

Letih dah berjalan sehari. Rehat coz esok ada banyak lagi tempat nak pergi.

Nak dijadikan cerita, anakanda Amrullah pedih hidung malam tu. Mungkin disebabkan cuaca sejuk kering. Kesian dia tidur kejap terjaga..tidur kejap terjaga. Hubby pun buat keputusan untuk membeli wap air. Nasib baik kedai elektronik dekat je. Barulah Anakanda Amrullah boleh tidur.. Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah yang memberikan penyembuhan agar anak kami boleh tidur nyenyak. Next day…

Advertisements
This entry was posted in CHINA:Tianjin-Beijing. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s