CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part1

REPUBLIC OF CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010

09:00 Departure

14:15 Arrive

(RM) 1 MYR = (RMB) 1.9930 CNY

Musim Salji (Winter)

Sejenak

Alhamdulillah.. sampai lagi aku di bumi ChinaFlying Chinese China Flag Images ini. Pertama kali aku menjejakkan kaki adalah di Bandar Shenzhen dan Hong Kong. Kemudian aku ke Guangzhou dan kini aku berpeluang ke Tianjin-Beijing pula. Alhamdulillah..syukur kepada Allah di atas rezeki yang diberikanNya. Berpeluang kami sekeluarga mengenal negara orang lagi.  Kali ini kami pergi musim sejuk tapi akhir-akhir winter . First time nak rasa salji asli.Smiley Sebelum ni hubby pernah membawa aku ke Genting Highland masa baru-baru kahwin dulu coz aku kata aku teringin nak ‘kenal’ salji. Masa tu belum berkesempatan lagi. Kos persiapan bercuti pada musim salji ni agak mahal berbanding percutian biasa kami coz musim ni tiket flight mahal sikit. Campur pula dengan kelengkapan lain seperti down jacket, baju thermal/long john (seluar dan baju), winter shoes, shawl hat, stocking, gloves dan sebagainya. Sorang pun dah cecah (+-)1k. Kami pergi satu family 4 orang + assistant sorang. Kopak gakla mr.hubby. Jangan mare ye abahYang... Kira ni winter pertama aku, so semangat lebih mengalahkan anak-anak. Hehe ihikhik. Mata wang China ialah Ren Minbi(RMB) diedarkan dari Bank Rakyat China. Unit RMB ialah Yuan, Jiao dan Fen. (maklumat lanjut klik di sini http://malay.cri.cn/chinaabc/)  Visa diperlukan untuk melancong ke China. Perkara yang mengagumkan kami ialah senibina bangunan di Beijing, sangat unik dan menarik. Setiap bangunan yang dibina mempunyai rekabentuk yang tersendiri. Jangan lupa salin waktu solat untuk rujukan nanti. Jom layan kisah perjalanan kami sepanjang berada di Tianjin-Beijing.

mrHubby di depan kaunter Air Asia…Kami di depan fligh pula.

Hari 1 : 03/02/2010

Transport ImagesKami menaiki penerbangan Air Asia ke Tianjin (KUL-TSN) pada jam 09:00 . Anakanda Amrullah mula menggambarkan kegembiraannya bila aku bagitau dia “Kita nak pi Beijing main snow”. Mungkin sebab dia dah semakin besar sekarang so tahu rasa seronok berjalan. Assistant aku kali ni adik aku aka cikEmi. Dia pun tak sabar tu nak main snow. Al-maklumler  negara kita mana ada snow. Kami tiba di Tianjin Binhai International Airport pada jam 14:30. Lebih kurang 5jam 30min. Waktu Malaysia dan China tidak berbeza. Pemandangan dari atas flight sebelum mendarat sangat mengujakan aku. Putih bersih. Subhanallah..Alhamdulillah. Indahnya ciptaan Allah. Kami datang tak ambik package pelancongan. So kami cari teksi untuk ke Beijing. Alhamdulillah anakanda Amrullah dan Ashiilah berkelakuan baik sepanjang penerbangan. Perut mula rasa lapar, mata pun mula redup-redup. Mungkin sebab cuaca sejuk kot. Sejuk betul rupanya snow ni..ingatkan ala-ala aircond kat rumah jer..wawaa..jakun..jakun . Dalam teksi kami makan dulu biskut dan roti bekalan sambil menikmati pemandangan Tianjin dan seterusnya  ZZZzzz .

Sampai juga akhirnya di airport

Kami menginap di Fujian Hotel, Beijing. Perjalanan dari Tianjin ke Fujian Hotel, Beijing mengambil masa 3 jam degan menaiki teksi. Pemandu teksi mengenakan bayaran RMB1000 kepada kami. Kira ok la. Next…

Fujian Hotel : Cantik hotel ni. Sampai di hotel perut semakin rancak berbunyi. Mr.Hubby tanya staff hotel restoran halal, staff tu bagitau ada satu restoran di hotel ada menjual makanan halal. Selepas solat dan rehat kami terus ke restoran untuk mengisi perut. Rupa-rupanya ada jual nasi goreng udang. Kami order nasi goreng udang dan Fish & Chip. Rasanya bolehlah..dah lapor semua pun sodap. Masa ni anakanda dah mula menjadi perhatian staff hotel. Lepas sorang, sorang datang. Aku biarkanje. Janji dorang senyap. Mudah sikit aku makan ada orang layan anak-anak..hehe. Malam tu kami turun jalan-jalan disekitar hotel. Cuaca malam lebih sejuk. Ashiilah kekerasan kesejukan. Amrullah jelas tergambar keseronokkannya. Jalan pun taknak pegang. Berkejar-kejar dengan cikEmi. Malam tu masing-tidur dengan nyenyaknya.. Next Day…

Staff yang fasih berbahasa Inggeris..Along wat survey dari lobi sampai ke bilik.

Malam dihiasi warna lampu yang cantik..along dah mula kesejukkan

Kitorang yang belum pernah jumpe salji sebenar terasa sangat sejuk, tapi hubby aku tak la sesejuk kitorang… al maklumlah hubby aku pernah bekerja di Korea Selatan selama 6 bulan dan pernah lalui 3 musim.. katanya akhir musim luruh, musim salji dan last sekali musim bunga.. dia la yang jadi penasihat tentang kadar kesejukan dan apa-apa yang patut kami buat.

Advertisements
This entry was posted in CHINA:Tianjin-Beijing. Bookmark the permalink.

3 Responses to CHINA, Tianjin-Beijing : Feb 2010 – Part1

  1. sis says:

    sejukknya…

  2. hajimete says:

    salam ziarah yee..

    “Pemandu teksi mengenakan bayaran RMB1000 kepada kami. Kira ok la.”

    RMB1000 = RM500 kan? macam mahal je naek teksi 3 jam.. hmmm

  3. hajiMete says:

    sonoknyerr beijing kanns.. ehhhee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s