SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part8

SEOUL, Korea.S : 8th Day

Hari 8 : 26/06/2009

Hari ke8 semakin jelas menampakkan keletihan diwajah-wajah kesayangan hamba.. ihikhik

Perancangan hari ni tak berapa banyak coz petang nanti dah nak hantar kereta. Hari ini kami keluar awal sedikit. Sebelah pagi kami bercadang nak jalan-jalan di Itaewon Street. Nak tunjuk kat AcuYana tempat aku mula-mula jejak di Korea. Alhamdulillah cuaca hari ni nampaknya baik. Harap-harap sampai ke petang begini.

Itaewon Street : Kami hanya jalan-jalan di sini. Dalam niat nak jalan-jalan, terbeli jugak barang..hehe. Apa leh buat..Itaewon merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Yongsan-gu. Kebanyakkan warga asing duduk di sini. Ia agak terkenal kerana kebanyakkan imigran asing membuka restoran di sini termasuk juga pub. Kedai halal juga banyak di sini. Ini mungkin kerana  di sini terdapat Masjid Pusat Seoul, masjid terbesar di Korea Selatan. Next…

Ish..macam pasangan ehemmm lak acu ngan tokey kedai tu..jgn mare 😛

Namdaemun Market : Ingat tak perkara wajib beli aku bgtau sebelum ni. Ye kerongsang. Dan itulah yang aku terlupa nak beli semalam. Hari ni kami ke Namdaemun Market semula untuk membeli kerongsang. Kali ni kami ke Namdaemun menaiki train.Train emoticon  Staff hotel bagitau, waktu pagi susah nak cari parking kat sana. Selepas membeli kerongsang, kami balik semula ke tempat parking kereta untuk ke destinasi seterusnya. Next..

Tempat membuat dan membeli aksesori wanita. Murah-murah…

Dongdaemon Market : Dongdaemon pula bermakna “Gerbang Besar Timur“. Di sini lebih kepada pusat tekstil. Walaubagaimanapun terdapat juga barangan lain di jual di sini seperti peralatan rumah, peralatan dapur dan sebagainya. Kami ke sini untuk membeli Korean Silk. Satu kemestian bagiku apabila sampai di sini. Biasalah..pompuan..hehe. Mula-mula hajat di hati nak belikan Ashiilah ‘Hanbok’ (pakaian tradidi korea) tapi HB kata Ashiilah kecik sangat lagi. Kejap je besar..nanti dah tak muat. Terpaksalah batalkan saja niatku itu. Next…

Sekitar Dongdaemon. Lupa lak nak snap gambar korean silk yang kitorng beli.

xCar ibu aka Picanto (Kia)..Abah last pose bersama kereta idaman.

Selepas selesai acara shopping kain, kami ke apartment semula. Dalam jam 14:00 staff syarikat kereta sewa akan datang untuk ambil kereta di tempat menginapan kami. Alhamdulillah, walaupun jalan agak sibuk,kami selamat sampai ke apartment lebih kurang jam 13:00. Lebih kurang jam 14:00 kami meneruskan perjalanan ke Olympic Stadium Seoul.

Olympic Stadium Seoul : Kami ke sana menaiki train. Ia lebih mudah menaiki train kerana memang ada hentian Stesen Olympic Stadium. Walaupun kini stadium ini tidak digunakan secara meluas, tapi tetap dikunjungi orang ramai. Selain kedatangan pelancong, ia sering didatangai penduduk setempat kerana terdapat pasar raya di bahagian bawah stadium ini. Next…

Sekitar Olympic Stadium..Along tutup mulut,masuk lalat nanti..

Han River (Hangang River) : Dari Olympic Stadium, kami ke Han River dengan menaiki teksi. HB bagitau pemandu teksi tu supaya berhenti di Cruise Stesen, dia angguk-angguk. Ingatkan faham, sekali dia berhenti kat tempat rekriasi la pulak. Jauh gak la nak berjalan ke cruise. Loteh makcik berjalan..rasa nak guling jer ke tempat cruise tapi sabarjela..senyum..senyumm…Kami menaiki cruise terahkir jam 18:00. Harga mengikut package yang kita hendak. Tak ingatlah HB beli tiket package yang mana satu. Yang pasti kami melalui beberapa jambatan yang dihiasi lampu-lampu dan menikmati pemandangan jambatan Banpo dengan persembahan Moonlight Rainbow Fountain.  merupakan salah satu jambatan yang melintasi Sungai Han. Ia menghubungkan daerah Seocho dan Yongsan. Ia juga ikenali sebagai “double deck” bridge kerana jambatan ini mempunya 2 tingkat. Pancutan air berirama dan bercahaya akan dipersembahkan melalui tepi jambatan Banpo. Masa ni hanya sebelah sahaja baru siap. Dijangka Sept 2009, air pancut ini akan siap di kedua-dua belah jambatan. Sangat cantik dan menarik. Tak lengkap rasanya kalau datang ke Seoul tak melihat Moonlight Rainbow Fountain di Banpo Brige. Next…

Senyum ada makna tu..Penat wehh..

Kepenatan yang berbaloi..

Restoran Salam, Itaewon : Jam menunjukkan jam 20:00. Kami menahan teksi untuk ke Itaewon untuk makan malam. Kami makan di Restoran Salam (Turkish). Ini merupakan makan malam kami yang terakhir di Seoul. HB sempat berkenalan dengan dua orang rakyat dari Republic of Tanzania. Sebenarnya dah beberapa kali kami terserempak sewaktu makan di sini, baru hari ni bertegur sapa. Dorang pun dah nak balik esok. Dorang ke sini atas urusan perniagaan katanya. Esok dah nak balik. Rasa macam belum puas berjalan-jalan di sini. Pada mula perancangan, kami rasa macam lamanya 9 hari di Korea. Ada ke tempat nak pergi..rupa-rupanya banyak lagi tempat tak sempat kami lawati. Next day.

Gambar makan takde harini so ni gambar yang sempat disnap hari ni.

Advertisements
This entry was posted in SEOUL:Korea.S. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s