SEOUL, Korea.S : Jun 2009 – Part7

SEOUL, Korea.S : 7th Day

Hari 7 : 25/06/2009

Roti potong dah abis. Hari ni makan red bun saja. Tinggal beberapa hari je di sini. Esok dah nak kene pulangkan kereta. So hari ni nak kene pi shopping ni. Hehehe.. menari

Pose sebelum memulakan perjalanan.

N Seoul Tower : Destinasi pertama hari ini ialah Seoul Tower atau Namsan Tower (Lebih dikenali sebagai N Seoul Tower). Seoul Tower terletak di Namsan Mountain. Tinggi menara ini mencapai 236.7 m (777 ft) dari dasar dan berada di ketinggian 479.7 m (1,574 ft) di atas permukaan laut. Kami parking di Pusat Theater coz kenderaan awam tak dibenarkan parking di atas. Kemudian kami ke atas menaiki bas. Oleh kerana sebelum ni tak pernah datang bawa kereta sendiri, HB pun tak tau nak ambik bas kat mana. (dulu aku naik cable car untuk naik, so teksi berhenti dekat cable car parking je) Kitorang tanya la orang kat situ, dia kata dekat track jogging. Disebabkan terlalu excited..mengejar anakanda yang asyik berlari kami terlepas pandang papan tanda bus stop. Agak jauh juga kami terlajak naik..turun balik .  Takpelah, excercise..hehe. Dari tempat parking bas, kami kene berjalan pula mendaki bukit untuk sampai ke kaki Seoul Tower. Leh tahan gak curamnya..loteh kami dibuatnya. Yang tak tahan bila Along mintak dukung.. Adoiyai.. Siapa yang jadi mangsa? Acu juga..hehe.

Pusat Teater

Tersalah jalan..Takpe Excercise.hehe..

Dari Seoul Tower kita dapat melihat pemandangan indah Seoul. Pintu masuk Seoul Tower berada di bawah tanah. Tiket masuk berharga W3,000 (4-12 thn), W7,000 (13-64thn), W5,000 (65thn ke atas). Terdapat juga restoran berputar di tower. Berdekatan Seoul Tower juga ada Museum Teddy Bear. Tapi kami tak masuk, tengok dari luar. Nampak la sikit-sikit sebab cermin kaca. Sebelum  balik kami sempat membeli cenderahati sebagai kenangan. Next…

Bas transit..HB dah keletihan..Acu pun dah mula pancit dukung Along. adus

Akhirnya sampai juga..N Seoul Tower

Sekitar N Seoul Tower

Sekitar Tower..Pose Sebelum Turun

Restoran Wazwan, Itaewon : Kemudian kami ke Itaewon untuk makan tengah hari. Kami ke Restoran Wazwan (Indian Cuisine), terasa nak makan nasi briani hari ni. Lepas ni nak pi shopping..hehe... Next…

Kita makan dulu…

Namdaemun Market : Kami ke Namdaemun Market. Ia merupakan pasar tradisi terbesar di Korea. Namdaemun bererti “Gerbang Besar Selatan“. Kalau anda nak shopping, dicadangkan beli sana di sini. Pakaian, barangan dapur, cenderamata, kerongsang (wajib beli ni) dan macam-macam la dengan harga juga murah. Oleh kerana keluasannya yang besar (40.000 m²), terdapat beberapa Gate untuk masuk. Pasar ini mula beroperasi jam 11:00 – 03:00. Tapi bagi sesetangah kedai, ia hanya beroperasi sehingga jam 17:00 sahaja. Kali ni kami membeli lebih kepada barangan rumah seperti bekas makanan, sudu dan chopstik, baju anakanda, apron (cantik-cantik apron dier), sedikit souvenir, selipar, beg galas serta beg travel buatan korea (beg 3 beradik hanya satu set je keluarannya, kira limited edition la). Camno nak bawak tu..hhaaha. Tu shopping tak ingat namanya. Next…

Shopping Time..

Masih shopping lagi..

Restoran Salam (Turkish), Itaewon : Kami ke Itaewon semula untuk makan malam. Puas hati shopping..lapor la pulak. Kami order Lamb Shish Kebab, Chicken Shish Kebab dan Chicken Kalimari. Next…

Cheonggyecheon Stream : Malam ni HB ajak ke Cheonggyecheon Stream lagi. Saja nak tangkap gambar sebab haritu bila sampai ke main entrence dah tutup air. Hari ni kami terus ke main entrence. Sempatlah tengok air pancut. Tapi hari ni air kat laluan dari siput ke stream tak on pulak. Takpelah..  Selepas puas menikmati keindahan malam, kami balik. Esok kereta dah nak dipulangkan. So malam ni HB saja bawa kami ronda-ronda bandar Seoul sampai tersesat-sesat..hehe . Kebetulan ada road block, bolehlah HB tanya polis tu. Tapi tak berapa clear juga coz polis tu tak berapa reti English. Pusing punya pusing akhirnya kami sampai juga ke apartment. Next day.

Di Cheonggyecheon Stream untuk kali kedua.

Hasil shopping baju anakanda.

Advertisements
This entry was posted in SEOUL:Korea.S. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s